Thursday, February 12, 2009

PaHat oH PahaT



Salam PagiKhamis kepada semua....
hari ni saya nak kongsi bersama untuk membuat mata pahat. kalau nak tau, teknik pahat ni bertujuan untuk membentuk corak pada permukaan tembaga yang pada kita "boleh ke buat?" yang pada asalnya memang tak masuk akal. tapi berkat pengatahuan yang diberikan olah Allah melalui IKN dapatlah saya menghasilkannya bersama pelajar 03 saya. disini saya lampirkan gambar yang berkaitan semasa proses membuat mata pahat.
antara prosesnya ialah :
PAKU SIMEN DIGUNAKAN
UNTUK MEMBUAT MATA
PAHAT, JENIS MATA PAHAT ADALAH
SEPERTI DIBAWAH :

Berbagai-bagai mata
pahat seperti :

-pahat lurus
-pahat “c / kuku
-pahat mata ikan
-pahat cincang
-pahat cakah
-pahat pasir
-pahat “s
-pahat putus-putus / titik-titik

Sebelum mula memahat, pastikan mata pahat dibuat :ada pelbagai jenis dan bentuk mata pahat. Cara menghasilkannya adalah mudah iaitu dengan cara mengetuk dan mengikir sahaja mengikut jenis dan bentuk yang dikehendaki.

Sediakan paku simen / besi keluli
Sepuh / panaskan kesemua paku sehingga ia benar-banar panas.

Dengan menggunakan tukul besi ketuk sehingga leper hujung paku tersebut.
Kikirkan hujung paku tersebut menggunakan set kikir yang sesuai.
Mata pahat yang paling susah dilakukan ialah mata pahat mata ikan yang mempunya lubang ditengahnya, cara menghasilkannya adalah dengan cara menebuk di tengah-tengah mata pahat untuk menghasilkan lubang.
Untuk membuat mata pahat jenis lain pula sila ulangi proses memanas dan mengetuk hujung paku sehingga mencapai tahap yang dikehendaki, dan ulangi proses mengikir bersesuaian dengan mata pahat yang seterusnya.

Untuk menjadikan mata pahat lebih kuat dan tahan lama, mata pahat yang telah dibuat haruslah disepuh / dipanaskan sekali lagi sehingga merah.
Setelah dipanaskan, terus memasukkan mata pahat tadi ke dalam minyak / air secara perlahan-lahan. Jangan masuk sekaligus. Dikhuatiri akan menjejaskan ketahanan mata pahat anda.
Keringkan dan cuci hingga bersih mata pahat tersebut.

ok faham? itu la sedikit sebanyak ilmu yang dapat saya kongsi. sebenarnya nak buat di rumah pun boleh, tapi mesti kene tekun! jangan lakukan dalam keadaan emosi ok!
semoga berjaya....

wassalam....

-CHARLiE

No comments:

sOme Where else

sOme Where else
Doing My Job

WhaTs TiMe noW?

Powered By Blogger

bestnye raya.....

About Me

Sungkai, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
SELAMAT DATANG KE DUNIA TANPA SEMPADAN.....

SONG 4 US.....

Hujan - Pagi Yang Gelap Lebih tua dari ku harap sabar menunggu Kepulangan mu ku tunggu Bukan maksud ku mendiam Tiada niat menyimpan dendam Hakikat nya rindu yg mendalam Jalan inikan membantu Hari esok siapa yg tahu Kata ibu dengar sahaja Cerita hanya kita berdua Pagi yg gelap kini sudah terang Aku adik mu Dan engkau abang Ku amat merindui kan mu Pagi yg gelap kini sudah terang Aku adik mu Dan engkau abang Ingin ku ulang kemasa dulu Tak akan putus Hubungan kita Tarik nafas lega kerna aku tak apa apa Jalan inikan membantu Hari esok siapa yg tahu Kata ibu dengar sahaja Cerita hanya kita berdua Pagi yg gelap kini sudah terang Aku adik mu Dan engkau abang Ku amat merindui kan mu Pagi yg gelap kini sudah terang Aku adik mu Dan engkau abang Ingin ku ulang ke masa dulu

singgah minum jap!

singgah minum jap!
jom minum.....